Pages

X-Steel - Wait

Sabtu, 31 Agustus 2013

Teka-Teki Silang Pertama Yang Berbentuk Diamond

 



Teka silang kata pertama di cipta oleh Arthur Wynne pada tahun 1913. Beliau merupakan pekerja di sebuah syarikat akhbar di New York World. Beliau ditugaskan untuk membuat permainan minda untuk dimasukkan dalam akhbar. Beliau mendapat idea dari zaman permainan kanak-kanak beliau iaitu kotak ajaib.
Teka silang kata pertama dikenali sebagai 


"Word-Cross" yang berbentuk diamond. Beliau telah memperkenalkan beberapa inovasi yang baru iaitu membuat bentuk kotak garisan mendatar dan menegak seperti silang kata sekarang. Beliau kemudiannya menambah penggunaan iaitu kotak hitam dalam perkiraan simetri kepada perkataan berasingan dalam baris dan lajur. Dengan pengecualian skim penomboran, bentuk Wynne "Cross Word" seperti teka-teki yang digunakan dalam silang kata sekarang. Asal nama permainan tersebut adalah "Word Cross" tetapi telah ditukar kepada "Cross Word" kerana kesilapan taip. Lawakkan tetapi ini adalah fakta.

0 komentar:

Posting Komentar